TEKNOLOGI KALSIUM

Hidroksiapatit (HAp) adalah sebatian mineral larut air untuk menghasilkan ion kalsium.

Kebanyakkan bahan HAp untuk penapis air yang berada di pasaran adalah diekstrak daripada tulang haiwan samada daripada tulang lembu atau khinzir.Sejak keraguan keselamatan HAp daripada tulang diragui oleh pakar perubatan akibat daripada penyakit berasaskan haiwan menular seperti penyakit kuku dan mulut (MFD) dan penyakit lembu gila (mad cow desease) maka penyelidikkan tertumpu kepada bahan kalsium berasaskan cengkerang laut. Penggunaan cengkerang laut bagaimanapun tidak dapat menghasilkan kandungan kalsium ion yang tinggi selain memberi beberapa kesan negatif lain.

Dalam inovasi ini, hidroksiapatit (HAp) daripada sisik ikan telah dibangunkan sebagai bahan alternatif kepada bahan HAp berasaskan tulang haiwan yang banyak digunakan di dalam penapis air berkalsium. Bahan HAp berasakan sisik ikan bukan sahaja Halal malah menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada HAp berasaskan tulang haiwan dan juga cengkerang laut dimana ianya dapat menghasilkan ion kalsium yang tinggi apabila dilalukan dengan air. Prestasi baik HAp berasakan sisik ikan adalah kerana struktur HAp sisik ikan yang mengandungi bahan beta trikalsium fosfat yang meningkatkan kelarutan HAp yang tinggi. Bahan ini tidak dijumpai di dalam tulang haiwan. Sisik ikan juga tidak menunjukkan penyakit berasakan visus merbahaya seperti tulang haiwan.

Inovasi ini telah berjaya difailkan patent dengan paten PI No: 2014001328 dan telah memenangi pelbagai penganugerahan di peringkat nasional mahupun antarabangsa.